SUMBANGAN IKHLAS UNTUK PROGRAM CSR:TAUTAN KASIH RUMAH PENYAYANG BESTARI


PPUiTM  akan mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Rumah Penyayang Bestari (Anak Yatim/Miskin) Kg. Sg. Buaya Banting pada:Tarikh : 22 September 2012 (Sabtu)
Masa  : 08:00 pagi hingga 02:00 petang

Antara aktiviti yang terlibat adalah
•    Gotong Royong / Menaik Pusat Sumber (Perpustakaan)
•    Penyerahan Sumbangan
•    Riang Ria “Kenny Rogers”
Sehubungan  itu, PPUiTM mempelawa semua Ahli Persatuan yang sudi untuk memberi sumbangan ikhlas dan sedekah amal jariah (berupa wang tunai/bahan kering makanan/buku-buku rujukan sekolah/peralatan sekolah/pakaian baru/terpakai dan sebagainya) bagi menjayakan program ini.

Justeru,  segala  Sumbangan / Tajaan akan diberi Pengecualian Cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, no rujukan: LHDN-01/35/42/51/179-6-4889.  Sumbangan/Tajaan hendaklah disampaikan kepada:

Sumbangan Kewangan
No. Akaun: 105140000894 (Affin Bank), Persatuan Pentadbir ITM

Sumbangan Produk
Alamat:
Pejabat Pengurusan Kediaman Cemara & Akasia,
INTEC, Jalan Pinang Raja 18/2,Seksyen 18, 40200 Shah Alam
Untuk Perhatian:  Encik Abdul Rani Hashim
Tel / HP : 03-5548 2459 / 019- 2869271

TIDAK LEWAT daripada 17 September 2012

Segala sumbangan ikhlas yang diberikan amatlah dihargai dan semoga mendapat ganjaran daripada-Nya, Insya’Allah.  Terima kasih.Persatuan Pentadbir UiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/

http://www.facebook.com/pages/Rumah-Penyayang-Bestari-Banting-Selangor/208246729219989

No comments

Powered by Blogger.