Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan/ Tanpa Biasiswa (peringkat Diploma dan Sarjana Muda) kepada Staf Pentadbiran
https://pendaftar.uitm.edu.my/images/BorangBKK/BiasiswaAkademik/panduan_cuti_belajar.pdf
Salam sejahtera,
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Profesor / Tuan / Puan
IKLAN TAWARAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN/ TANPA BIASISWA KEPADA STAF PENTADBIRAN (KUMPULAN PELAKSANA)
UiTM BAGI PENGAJIAN DI PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SESI PENGAJIAN TAHUN 2026
Sukacita dimaklumkan iklan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan/ Tanpa Biasiswa (peringkat Diploma dan Sarjana Muda) kepada Staf
Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UiTM bagi sesi pengajian tahun 2026 mula dibuka pada 01 April 2026 (Rabu), jam 2.00 petang.
Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 1 Tahun 2026 berkenaan perkara di atas untuk rujukan dan tindakan berkaitan pihak
YBhg. Datuk /Dato’/Datin /Profesor /Tuan /Puan selanjutnya.
Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UiTM yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma
dan Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara dalam talian (online) mulai 01 April 2026 (Rabu) melalui
portal i-Staf eBiasiswa Pelaksana di laman web rasmi UiTM www.uitm.edu.my.
Pautan eBiasiswa Pelaksana: https://eproses.uitm.edu.my/mye/eBiasiswaSokongan/
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2026 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut TIDAK akan diproses.
Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kemasukan bagi kursus yang ingin dipohon terlebih dahulu bagi melancarkan proses permohonan
melalui pautan https://selangkah.uitm.edu.my/.
Sebarang pertanyaan/ masalah/ cadangan/ maklum balas berkaitan iklan biasiswa ini boleh dimajukan kepada Urusetia (Unit Cuti Belajar dan Biasiswa
Pentadbiran) melalui emel rasmi di alamat noorh958@uitm.edu.my / fardaus7576@uitm.edu.my / linda056@uitm.edu.my atau di talian 03-55443109 / 3184 / 3102.
Kerjasama pihak YBhg. Datuk /Dato’/Datin /Profesor /Tuan /Puan dipohon untuk memanjangkan hebahan kepada staf di PTJ masing-masing dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
والسلام
اوسها، تقوى، موليا
”MALAYSIA MADANI"
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Post a Comment