Selamat Menyambut Hari Pentadbir 2026
Selamat Hari Pentadbir diucapkan kepada seluruh skim pentadbiran di Universiti Awam Malaysia, khususnya warga pentadbir Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia pada 20 Ogos 2026 bersamaan 7 Rabiul Awal 1448H.
Selamat Menyambut Hari Pentadbir 2026 daripada Presiden dan Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM. "Menyulam Aspirasi Menjulang Profesionalisme Pentadbir"
Semoga pentadbir-pentadbir universiti awam akan terus memberi komitmen dan memberi impak dalam pengukuhan pentadbiran universiti. Inshaallah...
HARI PENTADBIR UNIVERSTI AWAM
Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia telah dilaksanakan bermula pada 2016 lalu dan disambut pada tanggal 20 Ogos setiap tahun.
Sambutan Hari Pentadbir 2026 bertemakan "Menyulam Aspirasi Menjulang Profesionalisme Pentadbir"
Terdapat 4 program utama iaitu Konvensyen Pentadbir, Anugerah Pentadbir, Pameran Persatuan Pentadbir dan Program Tanggungjawab Sosial.
Penganjuran kali ke-6 ini tampil lebih istimewa kerana ia bergerak seiring dengan *Sambutan Jubli Perak MASTI (2001-2026)*.
Maklumat program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 20 - 22 Ogos 2026 (Khamis - Sabtu)
📍 Tempat: Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan
🎯 Tema: "Menyulam Aspirasi Menjulang Profesionalisme Pentadbir"
Maklumat detail https://haripentadbir2026.masti.my/




Post a Comment