Persidangan Kebangsaan Badan Berkanun -Petisyen Bantahan Penggiliran Tiga Jawatan Utama Universiti

Puan Hajah Nor Hashimah Hj Rahmat (Presiden PPUiTM) mewakili Kesatuan memberikan Petisyen Bantahan Penggiliran Tiga Jawatan Utama Universiti kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Yang Berbahagia Dato' Seri Dr. Ali Hamsa semasa masjlis Perasmian Persidangan Badan Berkanun Malaysia yang pertama kalinya diadakan pada 6 dan 7 Mac 2013 yang lalu.
20130306_185348
20130306_185401
20130306_185404
20130306_185405
20130306_185415

Ia merupakan kesinambungan bantahan dari tahun lalu
http://cuepacs.blogspot.com/2012/04/tiga-kesatuan-bantah-cadangan-jawatan.html

TIGA KESATUAN BANTAH CADANGAN JAWATAN UTAMA PENTADBIRAN IPTA DIBUKA KEPADA ORANG LUAR
Bernama

5/4/2012

SERDANG, 4 April (Bernama) -- Tiga kesatuan membantah cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuka jawatan utama pentadbiran institusi pengajian tinggi awam iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan kepada pihak luar.Kesatuan itu diwakili Majlis Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (MASTI), Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA (GAKUM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mengadakan persidangan bersama selama lebih dua jam di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini bagi membincangkan isu berkenaan.
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman, yang juga Pengerusi GAKUM berkata cadangan untuk menempatkan orang luar memegang jawatan utama berkenaan adalah antara yang terkandung dalam rang pindaan Akta Univesiti Kolej Universiti (AUKU) 1974.
Omar berkata tiada perbincangan terperinci dilakukan bersama pihak kesatuan dalam pelaksanaan hal itu dan yang demikian, pihaknya berharap dapat menemui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Satu memorandum berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika Kementerian Pengajian Tinggi bertegas untuk membuka jawatan itu kepada pihak luar.
-- BERNAMA


Juga berita di TheSTAR

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/4/4/mstar_berita/20120404192405&sec=mstar_berita




No comments

Powered by Blogger.