Tahniah Pengerusi Lembaga Pengarah Baharu UiTM 2021
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Baharu UiTM. daripada Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM)
PUTRAJAYA: Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti itu, bermula Isnin ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam hantaran di Facebook pagi ini, mengucapkan tahniah kepada Ibrahim, 73, atas pelantikan itu.
"Tahniah saya ucapkan kepada Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Saya yakin berbekalkan pengalaman luas dalam dunia pendidikan di
negara ini, beliau mampu meneruskan kegemilangan UiTM dalam usaha
membantu anak Bumiputera mendapat pendidikan tertinggi dan menghasilkan
profesional bersaing di dalam dan luar negara," katanya.
Difahamkan pelantikan itu adalah bagi tempoh tiga tahun bermula 18 Januari 2021 hingga 17 Januari 2024.
Ibrahim menggantikan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM sebelum ini,
Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, yang tamat tempoh
perkhidmatan semalam.
Anak kelahiran Melaka itu memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah, Kajian Pentadbiran dan Undang-Undang pada 1975 adalah Naib Canselor Kedua UiTM bagi tempoh sembilan tahun bermula pada 1 Januari 2001 dan bersara pada 31 Disember 2009.
Pada 14 Oktober 2017, beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus pada Istiadat Konvokesyen ke-87, UiTM.
sumber https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/776725/ibrahim-abu-shah-pengerusi-ahli-lembaga-pengarah-uitm
Post a Comment