ANALISIS SOAL SELIDIK TRANSFORMASI PERSATUAN PENTADBIR UiTM
1. LATAR BELAKANG
Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) adalah sebuah persatuan sosial yang didaftarkan pada 1991 dengan nombor pendaftaran 4892/91 Selangor. Kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada ahli-ahli PPUiTM supaya dindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan.
Objektif soal selidik ini dijalankan adalah untuk pengurusan PPUiTM melaksanakan penambahbaikan dalam mengurus dan mengendalikan pelbagai program untuk PPUiTM mencapai objektifnya.
Kini PPUiTM telah berusia 21 tahun dan telah melalui pelbagai cabaran dan turun naik dalam melaksanakan aktiviti untuk mencapai objektifnya.
Walau bagaimanapun, ketika PPUiTM berusaha untuk bergiat cergas mencapai objektifnya dan semakin mendapat kepercayaan beberapa pihak penting seperti menyandang jawatan Presiden MASTI (Majlis Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas IPTA) namun amat dirasakan sambutan ahli-ahli kian dingin.
Soal selidik telah mula diedarkan kepada 300 ahli PPUiTM mulai 27 Disember 2012 beserta edaran Diari PPUiTM tahun 2013.
Read More : http://www.slideshare.net/persatuanpentadbiruitm/analisis-soal-selidik-transformasi-persatuan-pentadbir-uitm
Post a Comment