SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Jawatankuasa Persatuan Pentadbir dan Exco mengucapkan Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua anak-anak Ahli terutamanya yang akan  menduduki Peperiksaan PMR, Diploma & Asasi  dan lain-lain.  Semoga Kejayaan mengiringi mereka..


 Kepada para ayah dan ibu, doa anda kepada anak-anak adalah segala-galanya, bukan doa para Ustaz tertentu atau Imam-iamam sahaja tetapi doa ayah dan ibu adalah yg paling mujarab sebab anak mereka adalah zuriat mereka...

Munajatlah sebanyak mungkin di tegah malam sebelum fajar, mulakan dengan qiamullail, doalah atas tikar sejadah dgn mohon istighfar dan taubat dan iringkan dgn rintihan dan munajat utk anak-anak tercinta mohon moga mereka berjaya dalam peperiksaan dan moahon supaya berkekalan dengan akhlak Islam dan ibadah yang berpanjangan ....

Ingatlah kejayaan dunia wajar disambungkan dengan kejayaan di hari akhirat nanti... Selamat berdoa kpd Allah swt untuk anak masing, mohon anak-anak kekal dalam solat dan jaga ibadah ! Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt...Amin.



No comments

Powered by Blogger.