Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM telah diadakan pada  12 April 2013 (Jumaat) yang lalu , bermula jam 3.00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Arkib & Muzium, UiTM Shah Alam

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengurusan yang hadir

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PPUiTM Kali Ke-12 telah selamat diadakan dengan jayanya.  Ucapan terima kasih kepada semua bekas Jawatankuasa Pengurusan bagi sesi 2011/2012 atas kerjasama dan komitmen yang mereka berikan sepanjang tempoh 2 tahun itu.

Mesyuarat bersetuju dengan pelantikan jawatankuasa biro seperti berikut:

1.      Biro Perhubungan Korporat                 -   Puan Noridah Mohd Ali

2.      Biro Keahlian & Promosi                      -   Encik Ahmad Faizar Jaafar

3.      Biro Penulisan & Penerbitan                -   Encik Anuar Ismail

4.      Biro Latihan & Peningkatan Kerjaya    -   ASP/PB Mohd Tarmizi Abdul Raman

5.      Biro Keusahawanan & Ekonomi          -   Encik Mohd Rizael Tahir

6.      Biro Kebajikan & Rekreasi                   -   Cik Siti Hadijah Alus

Mesyuarat bersetuju agar Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM mengadakan kunjungan hormat bertemu Naib Canselor, Pendaftar dan Bendahari.

Temu janji akan dibuat bagi tujuan tersebut.  Biro Perhubungan Korporat diminta membuat temu janji berkenaan.  Tujuan kunjungan adalah untuk memperkenalkan barisan baru Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM Sesi 2013/2014. 


Selain itu berbagai perkara terlah dibincangkan demi mengjaga kebajikan ahli PPUiTM.

seterunya mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:30 petang dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.
Foto sekitar Mesyuarat






No comments

Powered by Blogger.