Lawatan Kerja – Pengurusan Lean
Lawatan Kerja – Pengurusan Lean
Tarikh : 19 & 20 Ogos 2013 (Isnin & Selasa)
Tempat : MPC Wilayah Pantai Timur Kuantan Pahang dan Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
Terlebih dahulu bagi pihak Persatuan, kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar untuk menyertai lawatan ini.
Sukacita dimaklumkan, penyertaan telah mencapai sasaran 30 peserta dari Shah Alam/Melaka/Perak dan 08 peserta dari UiTM Jengka. Walau bagaimanapun, terdapat pindaan tarikh lawatan ialah pada 19 dan 20 Ogos 2013 (pengesahan pihak MPC secara talian telefon). Cadangan asal tarikh lawatan adalah pada 20 dan 21 Ogos 2013.
Atur Cara Program:
19Ogos
2013 (Isnin)
02:30 petang Berkumpul
di Kolej Seroja
Bertolak ke Kuantan (Bas
UiTM Kampus Puncak Alam)
05:30
petang Tiba
ditempat Penginapan (Home
Stay – Area Kuantan)
08:00
malam Makan malam
di sekitar Bandar Kuantan
(tangunggan
sendiri)
20 Ogos 2013 (Selasa)
08:30 pagi Daftar
Keluar dari Penginapan
09:00 pagi Taklimat Pengurusan Lean di MPC Wilayah Pantai Timur
02:30 petang Lawatan
Amalan Pengurusan Lean di Pejabat
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)
04:30
petang Bergerak
balik ke Shah Alam
Semoga hasil lawatan semalam dapat kita terjemahkan dalam proses kerja kita agar sistem penyampaian perkhidmatan akan bertambah efisien dan produktiviti kita meningkat dengan sumber yang tidak bertambah, bagi mengurangkan/ menghapuskan pembaziran.
Juga ucapan terima kasih kepada pihak Dr Zahrah , Pendaftar merangkap Penasihat PPUiTM dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang telah memberikan kelulusan dan peruntukan yang membolehkan aktiviti ini berjalan seperti yang dirancang.
Semoga sokongan padu dan kerjasama terus diterima oleh PPUiTM daripada tuan/puan sekalian.
Sekian, terima kasih sekali lagi.
Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/PPUiTM
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG
http://ppuitmsa.blogspot.com/
http://instagram.com/ppuitm/
Post a Comment