CUEPACS CADANG GAJI MINIMUM PENJAWAT AWAM DINAIKAN
KOTA BHARU 2 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya gaji minimum penjawat awam dinaikkan sebanyak 30 peratus. Presidennya, Azih Muda berkata, cadangan ini seiring dengan kenaikan harga barang yang memberi tekanan hidup kepada kakitangan awam berjawatan rendah.
"Justeru, kenaikan gaji minimum kepada RM1,200 daripada RM900
sebulan boleh membantu penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang
semakin meningkat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Utusan Malaysia
2/3/2014
2/3/2014
Post a Comment