UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2014


Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Y.Bhg. Tan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan,


Kepada semua warga UiTM, kami ingin berpesan
Kepada semua ahli-ahli PPUiTM khasnya dan warga UiTM amnya, marilah kita ingat-mengingati sesama kita, berbelanjalah dengan berhemah dan bersederhana dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri agar tidak berlaku pembaziran. Bersyukurlah dengan kemakmuran Negara berbanding dengan rakyat Negara lain yang berterusan menderita akibat peperangan dan sebagainya.

Rancanglah perjalanan, patuhilah undang-undang lalulintas, pandu dengan cermat dan berwaspadalah sentiasa. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali bertugas.


Cahaya ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Sempena kedatangan 1 Syawal 1435H,
kami
Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM Sesi 2013/14
ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin



Ikhlas daripada
Jawatankuasa Pengurusan PPUiTM Sesi 2013/14
 
Laman web rasmi PPUiTM
http://ppuitm.uitm.edu.my/
FACEBOOK:  
https://www.facebook.com/PPUiTM
TWITTER
http://twitter.com/#!/ppuitm
BLOG
http://ppuitmsa.blogspot.com/
INSTAGRAM
http://instagram.com/ppuitm/

No comments

Powered by Blogger.