SELAMAT HARI PEKERJA 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena dengan sambutan Hari Pekerja yang diraikan pada 1 Mei 2015, pihak PPUiTM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Pekerja
Pada tahun ini, tema sambutan Hari Pekerja di peringkat kebangsaan ialah ‘Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat’. Tema ini amat signifikan kerana kesihatan merupakan elemen utama dalam mempengaruhi keupayaan untuk menghasilkan kualiti kerja dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan. Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam, makan secara sihat dan belajar menangani stress dapat meningkatkan status kesihatan kita dan seterusnya menjana aura positif untuk lebih produktif dalam memberikan perkhidmatan kepada pemegang taruh. Tekanan kerja di pejabat juga amat mempengaruhi kesihatan diri dan ia harus ditangani secara positif seperti sentiasa berlapang dada dengan kekurangan, belajar menghargai usaha dan kerja orang lain, meraikan kejayaan dan meluangkan masa yang cukup untuk kebahgiaan keluarga dan diri sendiri.Akhir kata, marilah sama-sama kita mewujudkan suasana harmoni, merapatkan barisan, berganding bahu dan bekerjasama membangunkan UiTM yang kita cintai ini sebagai universiti yang terunggul dalam pendidikan tinggi negara. Jadikanlah khidmat bakti kita sebagai satu amal ibadah yang terbaik dan sentiasalah mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana warga yang sejahtera akan mewujudkan universiti yang cemerlang.
Wasalam.
Folow us
BLOG http://ppuitmsa.blogspot.com
FACEBOOK: https://www.facebook.com/PPUiTM
GOOGLE PLUS http://gplus.to/ppuitm
INSTAGRAM http://instagram.com/ppuitm
TWITTER http://twitter.com/#!/ppuitm
Post a Comment