Tahniah UiTM Juara Keseluruhan SUKIPT 2016
UiTM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKIPT 2016 dengan
jumlah kutipan pingat sebanyak 53 emas 46 perak dan 35 gangsa. Tahniah,
tahniah dan tahniah diucapkan kepada semua atlet yang terlibat serta
mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam acara
ini. Semoga UiTM terus unggul dan melakar kecemerlangan akademik seiring
dengan jasmani.
'ATLET CEMERLANG, UiTM GEMILANG'
http://sukipt.com.my/
JOHOR
BAHRU – Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SukIPT) 2016 yang melabuhkan
tirai semalam menyaksikan Universiti Teknologi Mara (UiTM)
mempertahankan gelaran juara keseluruhan.
Kejohanan
selama 12 hari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini menyaksikan
UiTM mengumpul 134 pingat keseluruhan iaitu 53 emas, 46 perak dan 35
gangsa.
Universiti
Putra Malaysia (UPM) muncul naib juara setelah mengutip 41 emas, 19
perak dan 21 gangsa manakala Universiti Malaya (UM) berada di tempat
ketiga dengan 25 emas, 17 perak dan 14 gangsa.
Ketua
Pegawai Eksekutif SukIPT 2016, Hazally Jali berkata, kejohanan tersebut
mencatat sejarah tersendiri apabila sebanyak 25 rekod baharu dirakamkan
dalam acara olahraga dan 12 acara renang.
Jelasnya,
penganjuran SukIPT edisi ketiga juga menyaksikan kebangkitan penyertaan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang memberi cabaran baharu
kepada kontinjen besar seperti UiTM dan UPM.
“Kejohanan
kali ini menyaksikan kemunculan IPTS seperti Universiti Sunway yang
bukan sahaja memberi tentangan hebat malah berjaya menewaskan pencabar
utama untuk meraih 17 emas,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Chan
Jie dari Universiti Sunway dinobatkan sebagai Olahragawan SukIPT 2016
setelah meraih empat emas dan tiga gangsa dalam acara renang manakala
atlet UM, Irene Chong dipilih sebagai Olahragawati apabila memenangi
tiga emas acara renang dan satu emas menerusi acara berbasikal.
Kedua-dua atlet tersebut menerima hadiah tiket penerbangan ke Bali serta piala pusingan
Post a Comment