Pencalonan Anugerah Pentadbir UiTM 2018


Sukacita dimaklumkan bahawa buat julung kalinya UiTM telah memperkenalkan Anugerah Pentadbir UiTM 2018. Pencalonan adalah terbuka kepada semua Staf Pentadbiran di seluruh sistem UiTM.

Pengiktirafan ini bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan staf pentadbiran UiTM yang berprestasi tinggi melalui pengiktirafan anugerah berdasarkan pencapaian dan kriteria yang ditetapkan dan dapat melonjakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan staf pentadbiran.

Kategori Anugerah, Borang pencalonan dan syarat-syarat yang berkaitan boleh dimuat turun melalui laman sesawang Pejabat Pendaftar  https://pendaftar.uitm.edu.my/

https://sites.google.com/view/anugerahpentadbiruitm2018/utama 

PENCALONAN ANUGERAH PENTADBIR UiTM 2018

Pencalonan Anugerah Pentadbir UiTM bagi Tahun 2018 UiTM adalah seperti berikut:
i. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
a) Anugerah Kepimpinan Perdana UiTM
b) Anugerah Pentadbir Gemilang UiTM
c) Anugerah UiTM Kreativiti Inovasi
d) Anugerah UiTM Penyelidikan
e) Anugerah UiTM Penulisan
f) Anugerah UiTM Komuniti
g) Anugerah UiTM Harapan
ii. KUMPULAN PELAKSANA I
a) Anugerah Pentadbir Terbaik
b) Anugerah Kategori Kreativiti dan Inovasi
c) Anugerah Kategori Khidmat Komuniti
d) Anugerah Pentadbir UiTM Harapan
iii. KUMPULAN PELAKSANA II
a) Anugerah Pentadbir Terbaik
b) Anugerah Kategori Kreativiti dan Inovasi
c) Anugerah Kategori Khidmat Komuniti
d) Anugerah Pentadbir UiTM Harapan 

Borang pencalonan boleh dikemukakan kepada:

ALAMAT:

BAHAGIAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN
Aras 1, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar, 40450 UiTM Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
(u.p: En. Hishamudin Mohamad Twontawi)

EMEL:bpp_uitm@salam.uitm.edu.my |

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan/PENDAFTAR/UiTM
Telefon: 03-5544 3060/3134/3067/3068


Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar



Folow us
BLOG http://ppuitmsa.blogspot.com

FACEBOOK: https://www.facebook.com/PPUiTM

GOOGLE PLUS http://gplus.to/ppuitm
INSTAGRAM http://instagram.com/ppuitm

TWITTER http://twitter.com/#!/ppuitm

No comments

Powered by Blogger.