Wacana Kepimpinan Perdana Pentadbir Universiti Awam Malaysia (Siri 1).
20 Februari 2020, Serdang, Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Malaysia (AKEPT) dan Jawatankuasa Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam Malaysia telah menganjurkan Wacana Kepimpinan Perdana Pentadbir Universiti Awam Malaysia (Siri 1). Program yang julung kalinya diadakan itu berjaya menghimpunkan kira-kira 300 warga Pentadbir dari 20 Universiti Awam Malaysia di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Program ini turut mendapat sokongan dari YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) merasmikan dan menyampaikan Ucaputama kepada para peserta. Hadir mewakili KPPA , YBhg. Dato' Hj. Suhaime Mahbar ( Timb. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam - Pembangunan). Antara intipati yang disampaikan, Pentadbir Universiti perlu mempunyai 3 elemen utama :
1. Integriti
2. Profesional
3. Kepantasan
YBhg. Dato' TKKPA turut sudi bersoaljawab bersama para peserta berkaitan dengan Masa Depan Pentadbir Universiti boleh khususnya Skim Pentadbir Universiti secara komprehensif.
Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu turut mendapat input dari YBhg. Dato' Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM yang juga Pengerusi JK Pendaftar UA. Sesi Forum turut berlangsung dengan menampilan perkongsian dari YBrs. Pengerusi Majlis Bendahari UA, YBrs. Wakil Pengerusi JK Perpustakaan UA dan YBrs. Pengerusi JK Penasihat Undang2 UA.
Program turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Nordin B. Yahaya, Pengarah AKEPT, YM Raja Shah Erman Raja Arifin, Presiden MASTI dan Pegawai-Pegawai Utama UA.
FACEBOOK: https://www.facebook.com/PPUiTM
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/ppuitm/
TWITTER: https://twitter.com/ppuitm
BLOG: http://ppuitmsa.blogspot.com/
YOUTUBE: https://www.youtube.com/ppuitm/
Post a Comment