Kursus Pengenalan Microsoft Teams
KURSUS PENGENALAN MICROSOFT TEAMS
Office 365 mempunyai pelbagai aplikasi mudah selain Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint) yang semua telah sedia menggunakannya. Tahukah anda, Microsoft Teams adalah salah satu daripada aplikasi di bawah Microsoft 365 yang merupakan suatu platform yang dapat membantu memudahkan kita berkomunikasi dan berkolaborasi secara jarak jauh, yang menggabungkan fungsi sembang (chatting), persidangan video (meeting), penyimpanan fail dan integrasi aplikasi. Microsoft Teams boleh dikatakan satu perisian yang all-in-one untuk tujuan yang pelbagai misalnya mesyuarat secara dalam talian dan berkongsi maklumat, Learning Management System (LMS), Professional Learning Community (PLC) dan juga pemantauan aktiviti jabatan.
Antara Kelebihan MICROSOFT TEAMS:
1. Sangat mudah menggunakannya serta dapat digunakan dalam berbagai platfrom seperti android, apple, windows, versi mobile dan lain-lain.
2. UiTM, universiti awam dan sekolah telah melanggan lesen dan ianya boleh digunakan oleh semua staf dan pelajar.
3. Menjaga kerahsiaan dokumen yang dikongsi (shared document) dengan ahli pasukan supaya tidak disalahgunakan.
4. Ruang kerja yang tersusun bagi memudahkan urusan rasmi. Tidak bercampur dengan WhatsApp personal.
5. Membolehkan pembetulan/ penambahbaikan dibuat dalam fail yang telah dikongsikan tanpa perlu untuk tercari-cari dokumen di tempat lain.
6. Unlimited Office 365.
Siapa patut menyertai:
1. Pentadbir/ Staf Pentadbiran
2. Pensyarah
PENGENALAN MICROSOFT TEAMS
Tarikh: 19 Mei 2020 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tgh
melalui Platform FB Live: http://facebook.com/PPUiTM/
#MicrosoftTeams #Microsoft365 #Office365
FACEBOOK: https://www.facebook.com/PPUiTM
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/ppuitm/
TWITTER: https://twitter.com/ppuitm
BLOG: http://ppuitmsa.blogspot.com/
YOUTUBE: https://www.youtube.com/ppuitm/
Salam...nak bertanya ada jam kredit? tkasih
ReplyDeleteMaaf...nak tanya..boleh saya tahu, siapa penulis blogger ini?
ReplyDelete