Live Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2020


Live Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2020
Tarikh : 20 Ogos 2020
Masa : 10.30 pagi
Platform :Cisco Webex
https://umt.webex.com/umt/j.php?MTID=mf2e4fb6d3af19e1798a651b71fba70df

Hosted by WAN MOHD WAZIR BIN WAN ABDUL WAHAB
Meeting number: 170 643 2524
Password: cSbMGYvk439




Telah berlangsung Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia secara dalam talian dimulakan dengan Perutusan Khas Presiden MASTI , YM Raja Shah Erman Raja Arifin.

Pendekatan yang pertama kali diadakan ini turut memberi peluang kepada semua Presiden/wakil Persatuan untuk menyampaikan ucapan sempena hari penting bagi Pentadbir UA di Malaysia.

Turut serta adalah YBhg. Pn Saadah (Pendaftar UiTM) dan YBhg. Tn Hj. Azlan (Pendaftar UNIMAS).

Sambutan Hari Pentadbir yang sepatutnya berlangsung pada hari ini di Universiti Malaysia Terengganu selama 3 hari telah dijadualkan semula ke bulan Mac tahun hadapan bagi memberi keredaan penularan pandemik COVID19 yang melanda negara.

Terima kasih diucapkan kepada UMT kerana menjadi hos program pada pagi ini
"Memimpin Perubahan, Pemangkin Pencapaian"
#mastimalaysia


Memimpin Perubahan Pemangkin Pencapaian

Selamat Hari Pentadbir kepada seluruh warga Pentadbir Universiti Awam Malaysia sempena Hari Pentadbir yang disambut pada setiap 20 Ogos.

Sesungguhnya peranan para Pentadbir Universiti Awam yang bernaung di bawah Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) ini adalah merupakan entiti yang amat penting dan relevan dalam mendepani cabaran demi memartabatkan kecemerlangan sesebuah Universiti.

Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama kumpulan akademik di Universiti Awam, saya percaya golongan ini sentiasa bertindak proaktif dan inovatif dalam meneroka peluang untuk meningkatkan profesionalisme dan mengukuhkan bakat mereka bukan sahaja di peringkat Universiti, malah bersama agensi, kementerian dan antarabangsa.







https://masti.my/https://www.facebook.com/MASTIMalaysia/

No comments

Powered by Blogger.