PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2021

 


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (Ph.D) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melalui http://esilav2.jpa.gov.my mulai 15 Mac 2021 (Isnin), jam 5.00 petang sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April 2021 (Jumaat).

Tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap secara serahan tangan atau pos ialah pada 9 April 2021 (Jumaat).

Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini, sila layari http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 - 8885 3879/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada penawaranldp@jpa.gov.my.

#ppuitm
#kitaUiTM
#UiTMdihatiku

Laman web rasmi PPUiTM http://ppuitm.uitm.edu.my/ 
FACEBOOK:   https://www.facebook.com/PPUiTM 
TWITTER:  http://twitter.com/#!/ppuitm 
BLOG :  http://ppuitmsa.blogspot.com/


 

 

No comments

Powered by Blogger.