Program Khatan Perdana UiTM 2021


Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) berkerjsama dengan  Pusat Kesihatan UiTM, Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM)  dan PEWANI  menganjurkan Program Khatan Perdana UiTM bagi tahun 2021. Maklumat program dan syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 - 17 Disember 2021
Tempat: Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam
Yuran Penyertaan: RM90.00 (Anak Staf) / RM120.00 (Orang Awam)
Had Peserta: 45 orang sahaja

Tentatif Majlis Perasmian Program Khatan Perdana UiTM 2021
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta

8.30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

8.45 pagi :
Ketibaan YBhg. Prof. Dr Mohd Sazili Shahibi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
Nyayian Lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM
Bacaan Doa dan Asmaul Husna
Ucapan Aluan Pengarah Pusat Kesihatan
Ucapan Perasmian YBhg. Timbalan Naib Canselor
Penyerahan Cenderahati kepada peserta
Sesi bergambar

Syarat - syarat Penyertaan:
Peserta berusia 10 tahun dan ke atas
Telah lengkap mengambil vaksin Covid 19 bagi peserta berusia 12 tahun dan ke atas
Setiap peserta hanya boleh ditemani oleh seorang pengiring (ibu/bapa/penjaga) sahaja.
Setiap peserta dan pengiring perlu menjalani Ujian Saringan Covid19 (Saliva) di hadapan Staf Perubatan Pusat Kesihatan pada hari pelaksanaan khatan. Kit Ujian hendaklah di bawa sendiri oleh peserta.
Peserta dan pengiring tidak dibenarkan untuk menjalani prosedur khatan ini sekiranya bergejala atau merupakan kontak rapat Covid19 pada hari temujanji. Tarikh baru akan diberikan kepada peserta.
Pengiring telah lengkap mendapat vaksin Covid19.
Peserta tidak mempunyai penyakit-penyakit yang merbahaya.
 
Sehubungan itu, pihak Pusat Kesihatan membuka penyertaan kepada staf yang berminat untuk menyertai program tersebut. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Disember 2021. Penyertaan hanya dibuka untuk 45 orang peserta sahaja  Sebarang pertanyaan dan tempahan slot berkhatan, sila hubungi pihak urusetia di talian 03-55211652.
 
Sekian, terima kasih.

Urusetia
Program Khatan Perdana UiTM 2021

#ppuitm #pewani #kkuuitm

PRIHATIN & PROAKTIF
Laman web rasmi PPUiTM http://ppuitm.uitm.edu.my/


No comments

Powered by Blogger.