Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ts. ChM. Salifairus Mohammad Jafar, Pegawai Sains Kanan di Institut Sains (IOS), UiTM merangkap Setiausaha PPUiTM atas pelantikan beliau sebagai:
Executive Committee Member – Communication & Publicity
Malaysian Young Chemists Network (MYCN)
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap kepakaran, kredibiliti, dan komitmen berterusan beliau dalam memperkukuh jaringan profesional serta komunikasi strategik dalam bidang sains kimia di peringkat kebangsaan.
Seluruh warga PPUiTM mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam menggalas amanah ini, seterusnya mengharumkan nama Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta memberi impak positif kepada ekosistem penyelidikan dan inovasi negara.
#KitaUiTM #PPUiTM #UiTMDiHatiku #KecemerlanganPentadbir
Post a Comment