PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) – TAUTAN KASIH
PPUiTM akan mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)– TAUTAN KASIH Tarikh : 22 September 2012 (Sabtu) Jam : 9.00 pagi hingga 2.00 petang Tempat : Rumah Penyayang Bestari (Anak Yatim/Miskin), Kg. Sg. Buaya, Banting, Selangor DE Program ini akan turut disertai oleh: CSR Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM, Pejabat ADUN Morib, Kelab Kebajikan Bendahari; NGO - WAK JAWA CAFE (WJC Bikers Club), NGO – Mahasiswa PERKASA Selangor, Kenny Rogers Sdn Bhd, AGhaffur’s Murtabak, Enterprise, TV3. AturCara Program: 07:45 pagi: Peserta CSR berkumpul di Kolej Seroja 08:00 pagi Bertolak ke Rumah Penyayang Bestari 09:00 pagi Ketibaan Peserta-peserta CSR - Minum Pagi (Dewan Makan) - Suaikenal dan - Taklimat Gotong Royong 09.30 pagi Aktiviti CSR bermula - Gotong Royong Persekitaran - Menaiktaraf Pusat Sumber - LDK Motivasi Anak-Anak Rumah Penyayang - Fun Ride bersama WJC & ABCM 11:15 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat 11:30 tgh Pelancaran Program dan Penyerahan Sumbangan 01:00 ptg Makan Tengah hari 02:00 ptg Bersurai Objektif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) : TAUTAN KASIH ini adalah: a) untuk menjalankan tanggungjawab PPUiTM terhadap UiTM sebagai institut pengajian tinggi yang prihatin terhadap keperluan komuniti setempat; b) membina imej PPUiTM yang dinamik dan prihatin; c) mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan ahli PPUiTM untuk membantu masyarakat setempat secara sukarela; dan d) meraikan dan memberi sumbangan kepada kumpulan sasaran. Sebelum ini PPUiTM telah mempelawa semua Ahli Persatuan yang sudi untuk memberi sumbangan ikhlas dan sedekah amal jariah (berupa wang tunai/bahan kering makanan/buku-buku rujukan sekolah/peralatan sekolah/pakaian baru/terpakai dan sebagainya) bagi menjayakan program ini. Rujuk blog sebelum ini http://ppuitm.uitm.edu.my/categoryblog/74-sumbangan-ikhlas-untuk-program-csrtautan-kasih-rumah-penyayang-bestari.html http://ppuitmsa.blogspot.com/2012/08/sumbangan-ikhlas-untuk-program.html |
Post a Comment