Majlis Pelancaran Tadbir Urus 1UiTM Multi-Sistem



Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), UiTM telah mengambil inisiatif menyediakan tadbir urus 1UiTM Multisistem sejajar dengan Transformasi UiTM (Trans4U). Tadbir Urus 1UiTM Multisistem merupakan salah satu projek keutamaan UiTM.
Mari kita jayakan bersama
Trans4U.


Satu majlis pelancaran tadbir Urus 1UiTM Multi-Sistem yang akan diadakan pada:

Tarikh     : 21 Oktober 2015 (Rabu)
Masa       : 2.00 hingga 4.30 petang
Tempat     : Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)




Makulumat seterusnya boleh gunakan link dibawah



PEMACUAN KEUSAHAWANAN


“Menjuruterai Destini, Menjuarai Legasi” merupakan tag-line bagi Program Transformasi UiTM. “Menjuruterai Destini” menunjukkan komitmen UiTM menggunakan segala kebijaksanaan dan kemahirannya dalam memastikan pencapaian matlamat strategik menjadi Universiti Tersohor menerusi agenda Keusahawanan Berintensifkan Penyelidikan.  “Menjuarai legasi” pula melambangkan hasrat UiTM untuk unggul dalam legasi kecemerlangannya selaku penobat martabat bangsa, yang melahirkan graduan pencorak ekonomi dan generasi pemimpin negara selain menjadi universiti yang tersohor dalam mempelopori ilmu terkehadapan serta menjuarai kesarjanaan.
sumber :
http://www.uitm.edu.my/index.php/ms/component/content/article/120-about-uitm/trans4u/tadbir-urus-1uitm-multisistem/1283-1uitm-multisistem-2



No comments

Powered by Blogger.