Selamat Tahun Baharu Hijriah1437


 

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kepada Jemaah Warga UiTM Shah Alam. Bersempena dengan kehadiran Tahun Baharu Hijriah pada tanggal 13 Oktober 2015 (Selasa), pihak Masjid UiTM @ Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam akan mengadakan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.

Majlis akan bermula pada jam 6.30 petang dengan alunan zikir munajat dan bacaan doa akhir tahun 1436H dan bacaan doa awal tahun 1437 selepas azan maghrib.

Disamping itu, Ceramah Kalam Hijrah 1437 akan diadakan selepas Solat Fardhu Maghrib bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh: Ikon Mahasiswa. Kepada pelajar-pelajar kupon aktiviti akan diberikan kepada yang mengikuti program ini.

Semoga kita membuka lembaran sebagai seorang muslim yang baru di tahun baharu ini, Insya Allah.


Muslimin wal muslimat warga UiTM Shah Alam dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

#Salam1437H
#masjidUiTMShahAlam

No comments

Powered by Blogger.