Konvensyen Kepimpinan Perdana "Moving ForwardFor Excellent"


Adalah dimaklumkan bahawa Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Awam (GAKUM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinanan Pengajian Tinggi (AKEPT) akan menganjurkan program seperti berikut:

Tajuk: Konvensyen Kepimpinan Perdana "Moving ForwardFor Excellent"
Tarikh: 8-11 Ogos 2016 (Isnin- Khamis)
Tempat: Akademi Kepimpinan Perdana (AKEPT) Nilai Negeri Sembilan

Objektif utama Konvensyen ini adalah untuk peningkatan kumpulan pelaksana dalam lonjakan kepimpinan melalui pemikiran yang kreatif dan berinovasi dan berpaksi kepada reka bentuk Kementerian Pendidikan Tinggi Soaring Upward.

Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan Konvensyen ini dan merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan penuh takzimnya pihak Jawatankuasa memohon penyertaan daripada Universit tuan/puan. Dilampirkan maklumat program Konvensyen untuk dipanjangkan kepada kakitangan di Universiti tuan/puan bagi penyertaan Konvensyen ini. Pendaftaran konvensyen adalah secara online seperti pautan dibawah, Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia untuk keterangan lanjut melalui email konvensyenperdana2016@gmail.com

- Sila Klik disini untuk pendaftaran secara online
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdugHqdrOckdv_X8vQLCjPJK0fP1bwFo3xQDBUfTbwYWL8JrA/viewform

Urus setia
Jawatankuasa Konvensyen Kepimpinan Perdana 2016
 
 

No comments

Powered by Blogger.